ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, June 13, 2010

Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Cara masakan begini saya pelajari dari mak saya. Sepanjang saya makan ikan bakar sumbat di mana-mana kedai atau rumah sesiapa (tak kiralah ikan jenis apa) belum satu pun dapat lawan resepi mak saya. Jadi saya nak kongsi dengan kawan-kawan.

Bahan-bahan (bagi 3 ekor ikan, saiz seperti dalam gambar):

1. kunyit hidup sebesar ibu jari
2. serai 2 batang
3. cili merah 5/6 biji
4. cili api (bagi yang nak rasa pedas lagi)
5. kelapa sebiji
6. garam (pandai-pandai adjust)

Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan di atas. Tumbuk tau tak boleh mesin.
2. Lebih elok garam diletak di awal proses menumbuk supaya rasa garam seimbang utk keseluruhan bahan tersebut.
3. Sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam ikan(ikan jangan lupa cuci pulak hehe)
4. Bakar ikan. Petua saya untuk tahu ikan sudah masak atau tidak ialah apabila saya terbalikkan ikan tiada air ikan yang masih mengalir.
5. Tadaaaaaa... MARI MAKAN


Bukan nak perli.. Ada tak yang tak kenal batu tumbuk? Di atas nelah batu tumbuk..


Ikan yang telah disumbat dgn bahan-bahan tumbuk

Saya bakar atas tempat masak je..

Jangan kecur air liur pulak ye.. Ini hidangan makan tengahari untuk hujung minggu ini.
Ikut pusingan:
ikan cencaru sumbat bakar, sambal telur puyuh+telur ayam (hikhik Amana dah makan telur puyuh saya terpaksa cover dengan telur ayam), sayur kangkung goreng bercili

No comments: