ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, June 25, 2010

KERANA KAMU AKA KERANA DIA

En. Papa telah ditemukan dengan seorang chinese man yang amat berjaya dalam perniagaannya. Saya anggap berjaya apabila dia dinobatkan antara yang mencatat jualan tertinggi  di dalam perniagaannya bukan masuk MLM .....Adalah...

Dia beri beberapa tips yang amat berguna untuk kawan-kawan yang ingin menceburi business kecil2 atau besar-besaran. dan suami saya bercerita pada saya dan saya ingin kongsi dengan kawan-kawan. Chinese man ne bukan fluent pun cakap Melayu tapi dia cuba juga berinteraksi dalam Bahasa Melayu dengan suami saya.Saya pun pernah jumpa dia dan dengar cara dia brcakap. Very funny tapi seronok sebab dia berusaha nak cakap Melayu.Saya ubah dalam bentuk dialog.Bestla sikit..hehe

Pelakon:
i) EP= En. Papa
ii) CM= chinese man

Tempat:
Di sebuah restoran makanan vegetarian terkemuka di Kuala Lumpur(haha..En. Papa tak makan sayur tapi masuk jugak temankan chinese man ne. Maybe dia fikir kena bawak ke restaurant vegetarian so En. Papa tak akan ragu-ragu status halal.hehe)

CM: Khai.rul, kamu mau tau apa yang menyebabkan business  kamu boleh berjaya
EP: mmm..Apa ye?

CM: KERANA KAMU!!!

EP: Kerana kamu ..mm..kerana saya?? Kurang faham Mr.CM

CM: Pelanggan akan membeli atas 3 perkara . Pertama kerana kamu. ke dua kerana produk kamu dan ke tiga baru syarikat kamu.

EP: Boleh jelaskan lebih lanjut Mr.CM. saya kurang faham...

CM: Kamu tau kenapa org cina boleh berjaya?

EP: Kenapa?

CM: Kerana kami mementingkan pelanggan. Kami akan beri yang terbaik pada pelanggan. Kami tidak akan berkata "TIDAK" pada pelanggan. Kami pandai ambil hati pelanggan. Kami akan sedaya-upaya menjaga hati pelanggan. 1st immpression adalah penting. Ketika itu kamu mesti ambil hati pelanggan kamu. kamu mesti ada kebolehan untuk mengetahui sama ada pelanggan kamu benar-benar serius atau tidak. Orang yang serius membeli lain dari orang yang cuma mahu main-main.

EP: mmm...betul..

CM: Kamu mesti friendly dengan pelanggan. jangan harap pelanggan yang friendly dengan kamu. kamu mesti kelihatan peramah dengan pelanggan. Jangan buat muka macam tak ada rezeki. Kamu mesti mengalu-ngalukan kehadiran pelanggan. jangan buat muka serius. jangan pandang pelanggan dengan muka pelik bila dia masuk kedai kamu atau jumpa kamu. Kamu kena tolenrate dengan permintaan pelanggan di samping kamu ada juga untung . Walaupun sedikit sudah cukup. Memang kamu rasa untung sedikit mulanya tapi dia mungkin akan jadi return customer kamu dan bawa pelanggan-pelanggan lain kepada kamu. Kena pikat hati pelanggan. Ikat hati dia. Beri gift walau sedikit untuk gembirakan hatinya. walau kecil kadang-kadang itu yang buat dia ingat pada servis kamu. Jangan tamak.. Sekarang semua hujung jari dia boleh cari org lain kalau tak puas hati dengan kamu. Oleh itu KERANA KAMU perniagaan kamu akan berjaya... Dan selepas itu baru produk kamu dilihat dan juga kekukuhan syarikat kamu. Ingat ye Khai.rul KERANA KAMU pelanggan akan cari kamu bukan produk bukan syarikat...tapi KERANA KAMU!!!

Adoi panjang pulak dialog tapi macam itulah lebih kurang. Saya juga percaya kata-kata Mr.CM itu sebab saya pun adalah seorang pelanggan. Sebagai contoh saya punya supplier ne. Bukan takde supplier lain untuk cloth diapers ne. Berlambak supplier lain (alamak riak pulak haha) yang kami ada. En.Papa juga kata kita tak perlu harap seorang sahaja supplier .Tapi sampai sekarang En. Papa juga lebih suka kami jumpa supplier yang sama sedangkan En. Papa ne lebih selektif. Kat Perak, kat Selangor ne je kami ada 2/3, kat Negeri Sembilan pun kami ada..tapi kenapa kami masih pilih DIA? Kadang-kadang boleh dapat harga lebih murah sikit dengan orang lain dalam  2/3 rimggit untuk satu item tapi pada kami yg baru nak mula meniaga ne 2/3 ringgit pun pentingkan? Tapi kenapa kami masih pilih dia?

aaaaaa...pandai pun KERANA DIA!!!

No comments: