ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, June 6, 2010

Seri Murni- BBQ Chicken Nugget


Saya rasa macam tak sesuai je letak bawah lebel Promosi tapi mmg saya nak promote. Eh saya takde saham ek dalam Seri Murni. Kalau saya ada saham dah lama saya jadi jutawan.

Saya nak beli Ramly Nugget sebenarnya tapi pusing-pusing kat Tesco tue langsung tak jumpa naik lenguh kaki. Mungkin dah habis kot sebab saya tengok staff sibuk ganti macam-macam pek nugget kat situ. Saya memang tak nak beli yang lain & nak beransur pulang sahaja. Sikap saya memang begitu susah nak mencuba makanan yang saya tak berapa familiar sebab perut dan tekak saya sensetif (patutla Arief sensetif kat perut jugk)

Tiba-tiba En. Papa tunjukkan pek di atas. Memandangkan saya memang gunkan minyak Seri Murni saya setuju dengan cadangan En. Papa.

Semalam saya goreng..mmm..Yummy.. sedap terasa lada hitamnya tetapi tidak kronik sehingga budak-budak tak boleh makan.Perbezaan antara Ramly dan Seri Murni pada saya ialah Ramly memang penuh dengan rasa ayam.Seri Murni ne sesuai utk org yang kurang gemar terlalu banyak ayam.

Amana laju je makan dan hari ne saya goreng lagi tapi satu soalan yang buat saya rasa saya perlu beli lagi ialah "Mama kenapa goreng sikit je.." dan apabila En.Papa tak dapat rasa sebab Amana dah makan semua 10 keping yang digoreng.

p/s: Tapi macam mana pun saya tetap suka daging burger dan sosej dari jenama Ramly Burger. Kalau jenama lain kurang kick pada saya. Rasa daging jenama Ramly memang terasa sungguh keasliannya.. Cehhh..promote habis-habisan..

1 comment:

topo said...

yup nugget ni memang sedap :)
nak pinjam gambar ye untuk tulis kat blog. kalau tak boleh sila komen nanti saya remove gambar tu.. terima kasih