ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, August 17, 2010

Jemaah Di Masjid

Sabtu lepas (14/8/10) kami sekeluarga menyambut buka puasa di rumah mak saya di Serdang. Sorylah ye no picture sebab dah kelaparan. Macam2 lauk Along,Ada, Ina dan mak masak. Antaranya gulai nangka hati, ikan kembung percik (saya yg request),sambal udang petai,mehun putih (along masak ), sayur kubis (ada masak) , bubur jagung, karipap (haa saya yg bentukkan karipap ne tau tetiba je jadi & cantik tau..saya mana penah buat karipap),  nasi (ina masak haha) Saya?? Terhegeh2 datang lambat dgn anak2.. Arief tdo sikit punya lama dari jam 12 hampir ke 3 petang. Lepastu En.Papa baiki lampu dan singki dapur pulak..Manalah tak terhegeh2. Tapi saya mmg dari dululah terhegeh2.. Nasibla saya punya adik2 yang memahami walau diorang membebel juagk hehe.TQ kakak dan adik2kusayang.

Selain daripada berbuka puasa yang happening yang paling saya bersyukur saya dapat bertarawih di masjid. Semenjak ada anak saya jarang betul bertarawih di masjid. Siapa yang nak jaga anak2? Kebetulan along & ina tak puasa kerana uzur berpeluanglah saya bertarawih. Walau perut senak dan penuh (oiiiiiii mama amana tak senonohnya berbuka sampai senak) saya dengan bahagia& gumbira bersiap ke masjid. Saya, mak, Ada dan paling best Amana. Menangis2 nak ikut. Walau saya tak nak bawak dgn alasan saya tak khusyuk sembahyang kalau Amana ada kerana risaukannya ; mak saya bawa juga Amana. Saya tau niat mak, mak nak cucu kesayangannya di dedahkan dengan persekitaran masjid.

Kiranya dah hampir 5 kali (sikitnya hehe) Amana jejak kaki ke masjid. Dan dia seronok ke masjid walau ayatnya " Mama nak ikut g masjid, nak main2" Jadilah ..janji dia tau itulah tempat umat Islam beribadat dan sembahyang itu tiang agama. Tanpa solat tak guna semuanya kerana tiangnya sudah runtuh.. Selalunya Amana main2 kat belakang dengan budak2 sebayanya..Kalau masjid Serdang lagila luas bahagian belakang mcm khas utk budak2 lari2 pulak hehe.Masjid Puchong kalau tak ramai jemaah pun okla untuk anak2 main sesama mereka.

Dulu masa mula2 tak dapat jemaah kat masjid untuk bertarawih sebab jaga Amana; mak sedapkan hati "Takpelah, angah tak pergi tapi suami pergi Angah dapatlah pahala sama.." Tapi persoalannya kalau ada hari yang En.Papa skip????.......... ohhhhhhhhhh rugilah saya nak dapat pahala free...sob..sob..sob...

No comments: