ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, September 8, 2010

Buka & Shopping @ SOGO

Raya dah nak dekat tapi mcm tahun2 sebelumnya saya tetap last minute sama ada untuk diri sendiri atau anak2. tapi rasanya tahun ne lagi kronik. Maybe sibuk dgn keja(keja pun ada yang datang last minute) dan sibuk dgn online shop.

 Kalau ikut saya;  anak2 pakai jelah baju2 yang ada dalam almari mereka. Tapi mungkin En.Papa tak sampai hati lebih-lebih lagi Arief yang pertama kali menyambut raya. Baru2 ne kami terpaksa ambil cuti kerana urusan keluarga so terus beli baju raya. Walau dah petang untuk menempuh jem di Kuala Lumpur En. Papa ajak juga saya ke SOGO. (Pelik sejak2 kawin En.Papa tak suka ke sini sebab katanya ramai orang)

Kira punya kira habis juga RM500 termasuk untuk baju melayu/kurung, baju kasual, baju tidur raya pun ada jugak!!   Semuanya anak-anak punya baju... Bertuah anak2 sekarang. Harap2 saya & En.Papa sentiasa dimurahkan rezeki supaya anak-anak kami dapat sentiasa merasa gembiranya menjadi kanak-kanak. Memang wang bukan punca utama kebahagiaan tetapi tanpa wang semua boleh berantakan. Asal sederhana ada rumah, kereta, duit untuk keperluan anak2 dan simpanan sedikut alhamdulilah.

Terima kasih yang tak terhingga pada makayah yang berkorban, masa, wangringgit dan perasaan sendiri untuk beri saya & adik2 pelajaran dan tak lupa pada MIL yang kuat semangat membesarkan anak2 ke universiti walau tanpa arwah papa... Kalau tanpa pengorbanan mereka mana mungkin saya & En.Papa dapat memberikan segalanya untuk Amana&Arief..Eh..syahdu pulak raya2 ne..Ok..mari cuci mata............tak mo sedih2laaaaaa..nak raya ne.......


Ambil gambar ne masa tunggu En.Papa beli makanan untuk berbuka
Bagus juga pengurusan SOGO ne..
Disebabkan mereka dah jangka mesti crowded masa berbuka
So mereka siapkan meja kerusi di level 7
Tapi makanan perlu dibeli di Level 6(Level 6 pun ada kerusimeja jugak)


Beria2 si kecik ne nak pinggan Barbie ne.. Layannnnnnnnn


Ini baju Amana


Ini baju2 Arief

Baju kurung/Melayu & baju tidur tak updatelah ye sebab beli tempat lain
.. Nanti gambar Raya semua lengkap hehe..
Kalau lengkap kalau penat?? haha

No comments: