ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, October 7, 2010

Saya Sebuah Jam


Nama saya cK Bangle Gold Women Watch. Saya adalah kesayangan tuan saya kerana ia dihadiahkan En.Papa kepada tuan saya sebagai hantaran kawin. Walaubagaimanapun telah hampir setahun lebih saya tidak berkhidmat kepada tuan saya. Ini kerana bangle saya telah rosak.

(saya di tangan gebu tuan saya)

Puas tuan saya mencari doktor dan klinik untuk saya. tapi semuanya hampa.Pernah saya ditanggalkan sehingga tinggal urat yang paling halus tetapi akhirnya doktor tidak bertauliah itu mengalah dan memasang saya semula. Ketika itu tuan saya amat kecewa. Tuan saya juga pernah memberi saya kepada kawannya kerana kawannya hendak cuba menghantar ke klinik yang dipercayai. Tetapi hampa.Sukar sungguh ingin mencari doktor yang dapat membaiki saya. Setiap kali tuan saya nampak kembar saya dipamer dimana-mana outlet dengan segera tuan saya bertanya samada outlet itu menyediakan kemudahan untuk "membedah" saya. Sehinggalah tuan saya menyarung kembali jam Alain Delon yang dibeli oleh tuan saya dengan gaji pertamanya. Nasib baiklah sahabat saya itu masih elok cuma perlu ditukar sahaja baterinya.

Baru-baru ini tuan saya keluar makan bersama ibu dan adiknya. Adiknya ingin membelanja tuan saya dan dalam masa yang sama ingin membeli jam. Tuan saya masuk ke sebuah outlet di Sunway Pyramid. Tuan saya nampak kembar saya tapi saya tahu tuan saya sudah putus asa dan tidak ingin bertanya lagi. Lebih-lebih lagisaya terdengar tuan saya berminat dengan cousin saya.

Tuan saya juga menjenguk kembar saya. Terdengar tuan saya berkata "Eh..harga jam ne tak turun lagi?RM800++ jugak. Kalau betulkan mahal atau lebih kurang baik beli baru" Sedihhhhhhhhhhhhhhhh sangat saya mendengarnya.. Ohhh..dibawah ne cousin2 saya yang disukai tuan saya, Eleh takla cantik sangat. Saya lagi lawa; kalau tidak kenapa tuan saya love me at first sight kan?? Cantik sangat ke mereka??



perasan lawa!!camana nak tgok pukul berapa macam ne??

ini macam saya je.. takla beza sangatkan??
 tetiba je ada color unggu susah nak match dgn baju lorr


TIBA_TIBA.....
.
.
.
.

.
.
Tuan Saya: Hai..You jual saja ke ? Ada repair jam ke???
                 (Ehh.. tuan saya tanya lagila.. Masih sayang pada saya lorrrrr....)

Tuan Kedai: Kami repair jugak
                  (Yelaa..repair..bila tgok saya je terus geleng kepala)

Tuan Saya: Ne jam saya. Sayang betul dah setahun lebih tak pakai. Banyak kali tanya takde pun sapa2boleh      betulkan

Tuan Kedai: Ohhhhhhh..jam ini..kami boleh hantar centre tapi 4/5 bulan??

Tuan Saya :mmm..takpelah
(tuan saya lagi sanggup biar saya kejung dan kaku dalam handbeg dari berpisah dengan saya.Sekurang-kurangnya kami masih bersama)

Tuan Kedai: Saya bagi you alamat you pergi tempat ne.Kalau ada sparepart masa tue jugak boleh siap

Tuan Saya;Ye ke??? Thank you sooooooooooooooo much!!!



Nampaknya tuan saya betul-betul sayangkan saya.Tuan saya bawa saya ke klinik itu. . Kalau kawan-kawan ada masalah macam saya ajakla tuan kawan-kawan ke The Swatch Group, Tingkat 22,Wisma Goldhill,Jalan Chulan berdepan The Weld

 Banner di dinding

 Yang gambar kelam tue En.Papa(kekasih hati tuan saya ekekek)


Wahhhhhhhhh ramai kaum kerabat jam kat situ dibetulkan dari yang biasa didengar seperti Tissot, Omega, Swatch, Balman dan yang pelik-pelik tak penah didengar spt Jaquet Droz, Longines,Leon Hatot,IB Blancpain etc etc (Tuan saya lah yang tak penah dengar, saya penah dengar..apalah tuan saya tue)



Masa saya sampai ke sana, saya brdoa agar servicenya tidak mahal sehingga tuan saya rasa lebih berbaloi membeli jam baru (beli cousin2 saya yang tak lawa tuela!!!) dan meninggalkan saya di muzium almari. Masa mula-mula sampai saya rasa macam saya berada di makmal forensik. Saya diperiksa di bawah mikroskop. Dari kaunter pelanggan boleh nampak di  belakang itu umpama makmal CSI.

Dan saya nampak wajah ceria bila staff di situ beritahu "only RM145 miss"
Oh yang rosak adalah bangle (RM90++), bateri (RM35) dan service charge (RM20) .Senyum lebar tuan saya. Cuma tuan saya perlu tunggu 4/5 week.Oklakan? Dari 4/5 bulan.Mau mati kerinduan dengan tuan saya kalau terpisah selama itu. Saya dipulangkan kembali pada tuan saya tanpa sebarang charge dan cuma diberi resit invois. Mereka akan call selepas dapat sparepart badan saya yang rosak dari Switzerland. Apasal jauh sangat belinya. Tuan saya cuma beli saya kat SOGO Shooping Complex maaaaa....


p/s: Haiyaa.. mana tuan kamu ada duit mau beli jam mahal2 lagi lor!! Tuan kamu bukan cap duit. Tuan kamu keja gomen saja. Kalau belanja mewah-mewah nanti SPRM cekup maa...Itu beli sbb mau buat hantaran saja. Tapi tuan kamu memang minat sama jam yang hampir serupa kamu itu..yang gambar atas itu lor.... Harga pun sama kamu. Tapi tuan kamu takkan beli di Malaysia mahal sangat!! Poket sudah kempis maaa... Tuan kamu order sama ini orang saja. Boleh murah RM200/RM300 agaknya dari Malaysia. Sapa mau order bagitau jenis jam tuan kamu boleh minta itu orang tolong cari. US mari lagi.Mau ka??




1 comment:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Repaired oledy? Best la dh dpt jam yg dah ok. NI hp Liza wat perangai lak ni. Loud speaker tak nak off2 lak..