ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, July 21, 2011

KL Gangster / KONGSI. Ada mama kesah?

Sana sini sibuk orang dok cakap citer KL Gangster kaut berjuta-juta (sorry ye I tak tau exact figure sebab tak ikuti sangat perkembangan filem-filem). KONGSI pun juta-jutakan? Saya tak amik tau sangat sebab sebagai seorang mama pada saya citer-citer ne tak meningkatkan perkembangan intelek anak-anak pun. Malah merosakkan. Nak buat entry ne pun dah out dated rasanya tapi buat sebab ada kejadian yang jadi baru-baru ne.  Kadang-kadang diorang ne buat filem tak fikir budak-budak ke? Tak fikir ke budak-budak ne akan terikut-ikut..

Eh saya tak bagi anak-anak tengok tau tapi kekadang time iklan budak-budak ne "ter"tengokla jugak. Tak dan la saya nak lari dari dapur untuk rebut remote control dari budak-budak setiap kali keluar iklan filem-filem macam ne. Kalau dalam 2 jam keluar 5 kali, takkan 5 kali saya nak berlari. Walau dapur dengan ruang tamu saya ne dekat je. Mcm apa je main lari-lari setiap kali kuar iklan.. Takkan 24 jam cartoon je budak-budak ne nak tengokkan? Adalah jugak saya bukak siaran-siaran yg bukan citer kanak-kanak sebab saya pun nak dengar perkembangan semasa. Tapi saya bukan nak tengok iklan citer ganas-ganas ne dan ayat-ayat yang kurang sopan mcm ne..

Lagi saya banned citer-citer ganas bila berlaku satu kejadian di dapur. Saya tengah sibuk mencuci pinggan. Tiba-tiba hujung baju saya ditarik-tarik. Malas nak layan. Sah-sah budak-budak ne nak mengacau. Saya pandang ke bawah. Yela pandang bawahla. Dah tentu-tentu dua beradik ne lagi pendek dari saya. Tiba-tiba..



MUKA BAJET SERIUS



 LU LANGSI LU MATI MAMA!!

.....PITAM MAMA DENGAR.... 

9 comments:

Mama Zharfan said...

memang filem2 gini dialognya sgtlah penuh dgn benda2 yg tak sepatutnya...

me_czar said...

Huhu..nasib baik tv memang dah jarang bukak kat rumah ni. Budak2 ni pun tak kisah nak tengok cartoon sangat.

Cartoon pun bukan semua elok, lagi2 kat ceria tu..

transformed housewife said...

huhu. budak2 kecik mmg senang terikut2 budaya tak bagus ni.

AyuArjuna BiGoshh said...

hmmm...mmg pun pengaruh tv ngan filem..budak2 tgh proses belajar mmg kena xplain pasal benda yang elok dan tak elok hasil tayangan dari skrin tv :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ : tue yg ila tak suka tue

Myza: aah cartoon tue tak bagus. tue kita nak beli cartoon dora yg arab kat darwisya

Th: aah.. sbb tue kena kawal

Ayu: ila explain pastu cakap "berdosa nanti allah tak sayang"

KTS said...

cepat betul budak2 SERAP benda2 tu

:D

e.l.i.z.@ said...

alaa keli belum tgk lg KL gangster..mmg ganas dan x sesuai utk bdk² hihi Kongsi tu keli siap tgk kt cinema lg :P

Anonymous said...

hahahaha... lawak la ila... LU LANGSI LU MATI... KL Gangster lagi ganas, dgn dialog nyer yg ntah apa2.. apa2 pun, kena citer sket kat budak2 ni apa itu gangster,

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

KTS: bahayakan?

eli: aah ganas KL Genstar tue

Anon: siapa awak..mehla kita berkenalan