Ini kisah benar ye. Takde yang benar melainkan benar-benar belaka.
Saya dan sahabat saya dah bersahabat sejak sekolah rendah. Tapi sebab dia bijak so dia masuk sekolah teknik dalam line engineering. akak yang pandai nie tersadai kat sekolah lama amik sc tulen. tulen mak... bukan LGBT :) Kitaorg selalu jumpa masa cuti sekolah. Masa sekolah- sekolah da namanya budak-budak. Kejap pakai tudung kejap idak.. Dalam sekolah bertudung, masa jenjalan tidak.. lepas tue saya masuk matrik sains and sahabat saya nie amik course line2 construction. dah dia memang sekolah teknik ye tak?
Satu hari mcm hari2 yang selalu dia datang umah saya masa cuti semester universiti. Kitaorg nak jenjalan pg kedai area umah je rasanya. Saya nampak perubahan dia.. Bertudung labuh. Tapi tahla kenapa takde hati nak jadi polis pencen... soal or tanya memacam.. Saya buat macam biasa je.. Dia pulak jadi polis pencen ..
oh kitaorg bahasakan diri ko=awak dan kita=saya
pink- sahabat saya
biru-saya
eh ko tak nak tanya kita apa2 ke?
tanya apa?
ko tak nampak ke kita pakai apa ne?
nampak, tudungla.. habis tue?
kita pakai tudung labuh nie!
yela habis tue?
takde komen ke?
nak komen apa? baguslah ko pakai mcm nie.. perubahan yang baik.apa yang pelik?
bagusla ko ne. takde pun komen apa2. Bila kita pakai macam nie mcm2 komen kita dapat.
ada yg kata kita susah dapt keja sebab pakai macam nie lagi2 kita line construction
allah yang bagi rezeki. ko jangan risaulah..
mmm..yelah
Lebih kurang macam tuelah perbualan dua sahabat sejak kecik. Dari budak hingusan sampai anak dah dua kami masih rapat dan saling menyokong antara satu sama lain. berbalik kepada tajuk entry... Alhamdulilah sahabat saya belum pernah sukar nak dapat keja. Walau dia keja line construction dan swasta pulak tue yg mana syarikatnya didominasi kaum chayanunalif dia berjaya pegang jawatan sbg asistant manager n ada ura2 dipromote naik ke jawatan manager. Umur macam saya ye gaji dah .... kang kalau sebut kene bebel pulak sebab dia hari2 baca belog saya.auwwww...ekeke.. org kata kalau chayanunalif nie suka dengan cara kita keja diorang memang promote kita habis-habisan itulah yang berlaku pada sahabat saya. Bos dia nie bawa dia pindah dari company lama ke company baru dan fight berapa salary yg patut sahabat saya dapat sesuai dgn kelayakan dan experiancenya..Bestkan?so kepada yang nak bertudung labuh atau memasang niat nak bertudung labuh jangan gusar kerana janji dan rezeki Allah ada dimana2.
Walau sahabat saya nie dah berubah penampilannya; tak pulak saya terlintas nak hindarkan diri. Sahabat saya nie tak pulak nak berdakwah berlebih-lebihan atau menegur tak pasal2 sehingga saya rasa tak selesa. Dia tetap sahabat yang saya kenal dari zaman kecik. Tak ada yang berubah kecuali penampilannya. malah dia penah teman saya shoping masa zaman bujang-bujang dulu. Dia pun tolong pilihkan baju utk saya dengan statment "ko beli baju nie.kan ko pakai baju2 macam nie". Ala baju saya pun bukannye baju nampak ketiak T___T. Amana pakaila baju nampak ketiak haha.. Dia pun tak susah hati nak pilihkan..
Alhamdulilah sekarang nie saya dah mula rasa sesuatu.. Bukan nak tujuk baik ok. Kalau dulu saya selamba badak je pg swiming pool pakai suar pendek & tak bertudung. Sekarang saya malu gilerr nak buat peel macam tue.Saya mesti pakai suar panjang & pakai tutup kepala ala2 skaft. Tak penah sahabat saya nie tegur atau jauhkan diri sebab saya dan dia dah tak sama penampilan.NEVER!
Saya respect pada mereka-mereka yang bertudung labuh di luar sana yang fight dgn enviroment zaman sekarang nie utk buktikan potensi mereka. Sekarang pun dah banyak baju-baju muslimah yang trendy. Cantik-cantik pulak tue. For my lovely sahabat- I adore you in and out! Muahhhhh
Quote Of The Day:
Hidayah itu milik Allah. Tapi hidayah itu perlu dicari juga.
Janganla tunggu sehingga ajal dah tiba.
p/s: Mulai hari nie gatal-gatallah nak buat quote of the day.