ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, May 17, 2013

Bangga tau i bila berjalan dengan perempuan mengandung :)

haha pestime dengar statment tue..  haha.. ye ke? ada ke lelaki yang rasa macam tue? kata "lelaki itu" dia memang suka jalan dengan perempuan mengandung sebab bila jalan dengan perempuan mengandung rasa satu kebanggaan.. lebih-lebih lagi bila tolong tolakakan kerusi untuk perempuan mengandung nak duduk , belanja makan perempuan mengandung.. muahaha.. mungkin rasa macam hero kot dapat membantu perempuan mengandung yang ala larat tak larat ne...

tapi katanya i tak boleh nak belanja u makan nanti hsbd u nampak dia marah.. mentang2 satu opis lakibini org takut nak ajak i makan sama eh? dulu big bos selalu usik2 macam ne jugak.. eh nak banjer makan i tak tolak punya.. haha..kenyang baby dalam perut.. haha.. kata "lelaki itu" dulu dia ada belanja makan perempuan mengandung jugak.. dia kata suka tengok perempuan mengandung cakap, makan, ketawa.. haha... lebih kurang maksudnya  macam buat satu kebajikan kalau bantu perempuan mengandung ne.. ok.. i loike statment tue.. and mulalah usik ..so tambahlah lagi anak.. boleh hari2 mengadap perempuan mengandung aka wife sendiri..

citer "lelaki itu" memang make my day lah hari ne!! hilang stress i.. senyum je manjang.. lagi2 bila  dapat ice blended San Fansisco tadi .. waaaaaaaaaa.. syedapppp... nak lagi..nak lagilah..  tapi ada sesetengah lelaki dan tak kurang jugak suami yang tak suka perempuan mengandung.. walau anak dalam perut tue anak dia..kalau anak lelaki lain tak taulah meroyan camana..

yela perempuan mengandung ne buat keja serba lembab erk okla tukar lembs..tak manis sungguh sebut lembabkan? ;)  tak macam masa tak mengandung yang aktif ke sana kemari.. boleh urus itu ini..buat keja rumah itu ini..boleh buat keja pejabat yg failnya tujuh kaki ats bumi & bawah bumi (hovernya perumpamaan)  pastu perempuan mengandung ne lebih sensetif pada semuanya.. ada lelaki tak kurang suami yang rasa rimas.. perempuan mengandung ne ada lelaki pandang sangatlah buruknya lebih2 lagi i yang memang 9 bulan takkan makeup.. muka jadi gatal2 & naik ruam ke apatah yang tak sekata.. senang citer selebetla.. bukan semua suami/lelaki suka.. kalau masa wife tak mengandung alahai jalan nak dekat2 takut benor org ngorat lagi2 bila wife dress up sikit tapi bila wife bila prgnant jalan jauh semeter..

tapi ada jugak lelaki bila isteri mengandung sangat menyayangi isterinya.. walau isteri masa mengandung selebet tapi nampak wife dia macam ratu cantik :)  bagi wife rehat puas2 sebab tau wife nak bawak badan sikit punya berat nak melangkah .. belum kira kaki bengkak lagi.. bagi makan yg berkhasiat.. happykan isteri setiap masa.. cakap elok2 & lembut2 supaya hati isteri tak terguris ditakuti  effect baby pulak.. takde tengking herdik macam wife tue mengandungkan anak lelaki lain je gayanya.. bagi sentuhan dan pelukan untuk menennagkan jiwa isteri yang mesti selalu ketakutan bayangkan nak bersalin nanti.. kalau isteri sedih anak lahir pun moyok.. tadi fadzlilah kamsah kata dalam sinar FM ..kalau ibu bayi gembira anak yg lahir itu gembira, kalau ibu bayi tue suka mengaji anak yg lahir akan suka mengaji.. sebab emosi ibu pengaruhi baby dalam perut.. yupp memang percaya.. boleh tengok beza pada amana & arief.. yg no 3 ne.. alohai cian ko nak.. jangan terikut sangat emosi ibumu kay.. hari ne mesti baby senyumkan?kan? dapat ice blanded...

gurauan pagi ini & san fancisco ice blended buat saya hilang pening sikit sebab sebenarnya hari ne saya pening yg amat sebab dah mula tak boleh tdo nyenyak .. mengiring kiri salah, kanan pun salah..terlentang pun salah.. dari jam 3 pagi tak tdo sampai pg opis..puas paksa mata.. hati tak tenteram eh? pastu kaki dah start mcm nak kejang2.. so saya lagila tak leh nak tdo sangat.. takut nak tdo nanti kena simpul biawak ..sakit gile.. kalau simpul biawak tue mau berhari2 jugak sakitnya kan?

citer pasal ruam2 kat muka ne .. baru2 ne adik lelaki saya tegur "ngah kalau ko mengandung mesti muka ko timbul macam ruam2 tue kan?" soalan yg  buat mak yg tengah makan khepc ne sentap je tau.. tapi takpe yg cakap tue adik lelaki sorang je.. kalau adik lelaki ramai.. siaplah!!  jawapan saya " aah.ko jangan nak kutuk angah ek nanti wife ko lagi selebet"  adik saya ketawa je.. "ala madan (ramadan namanya) cakap je" pastu menung mesti tengah bayang camana selebet kalau ada wife & wife dia selebet mcm akak dia time pregnant..

biarlah selebet pun asalkan bayi dalam perut ne sihat & sejujurnya sangat kesian pada bayi yang ketiga ini... moga dia tabah & kuat melalui semuanya.. moga dia sihat dan selamat dilahirkan.. moga bila dia besar nanti akan jadi super hero mama.. kalau arief hero..baby ne super hero .. amana pulak maintain one and only my little princess.... anak2 permata hati mama.. penyejuk hati mama.. oh smlm amana asikla pukul arief sampai saya hot.. akhirnya saya bagi kata dua..pujuk adik atau amana tdo bawah. semua nak tdo dengan saya atas katil..bayangkanla.. sila haribulan memang saya jatuh katillah.. sanggup bersempit2 asal tido dengan mama.. takpelah anak2 nanti takut2 dah tak berpeluang pulak nak tdo dengan mama lagi .. so sila rebut mama sementara masih ada stok! hihi






3 comments:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Sexy apa wanita mengandung ni.... seri naik ke muka. Hehe

transformed housewife said...

Amana & Arief nak manja2 sblm adik lahirla tu.

melin melinda said...

erk...adakah lelaki itu lelaki di sini? hahaha

kalau betul, aku nak mintak treatment yang sama..kuang2