ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, September 6, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah-UTM : Ranking Goggle & Status FB


 Assalamualaikum


Masa mula-mula saya jual Ekstrak Kacip Fatimah-UTM saya tak pernah terfikir tentang ranking goggle.. masa mula2 nak makan EKF-UTM saya ada share di sini. lepas tue saya share pengalaman saya makan EKF pula di sini dan bila saya mula meniaga EKF-UTM   saya pun share testimoni customer-customer saya.. tak terfikir langsung tentang ranking goggle sehinggala saya terdetik tanya satu customer mana dapat no telefon saya.. selalu customer cuma jawab "dari blog" tapi customer nie jawap "pakcik gogglekan ada" wahhhhh apa lagi!!  saya mulala goggle "Ekstrak Kacip Fatimah" dan berbunga-bunga rasa hati bila tengok blog saya antara yang teratas setiap kali saya goggle keywords "Ekstrak Kacip Fatimah" Alhamdulilah...


meh share beberapa status FB nak? Ramai kat sini takde dalam FB sayakan? So saya paste beberapa status FB yang ada kaitan dgn business kecik saya ye.. Khairylah peneman setia saya.. Ke sana ke mari.. Pegi pejabat pos.. COD.. etc etc..  Kerana Khairy saya mula berbusiness.. kerana menjaga Khairy saya tak "menjaga" diri lepas bersalin.. rupanya ada hikmah .. kerana itu saya mencari penawarnya dan bertemu dengan Ekstrak Kacip Fatimah-UTM.. Kalau nak info lanjut tentang EKF-UTM boleh add Official FB Ekstrak Kacip Fatimah. Kenapa saya cakap official? Sebab dah banyak FB Ekstrak Kacip Fatimah mengikut kawasan.. Setiap dealer digalakan open FB Kacip Fatimah mengikut kawasan.. saya je yang takde haha.. punyalah tak reti..kiki.. So kawan2 boleh juga search FB Kacip Fatimah mengikut kawasan..

baru2 nie kan cuti Merdeka.. Isnin cuti.. patutnya mengepos hari Isnin tue tapi dah cuti .. saya mengepos Selasa.. Rabu pos jugak..2 hari berturut2 mengepos.. tapi berbaloilah  sebab banyak jugak parcel yang dipos.. banyak utk saya mungkin tak banyak untuk anda ye.. hihi


TQ Customer.. Really appreciate.. Pada regular & reapeted customer ada harga diskaun utk anda

Saya rasa bulan puasa berlaku penurunan jualan.. saya je ke yang rasa? Tapi alhamdulilah lepas je cuti raya.. eh masa cuti raya.. order masuk tak putus2 sampaikan masa cuti raya tuela saya sibuk kacau admin EKF-UTM utk order stok.. nasibla admin sudi layan saya ..kiki.. dan alhamdulilah jualan kembali seperti asal..

Nasibla gambar tak clear sangat.. Kalau gambar clear korang boleh tengok muka "eksyen" bos kenit nie haha.. eksyenla sangat boleh duduk kat celah2 produk-produk mama dia..memang dia suka sangat duduk kat situ.. kadang2 dia keluarkan EKF/ ETA-Ekstrak Tongkat Ali-UTM dari kotak.. pastu masukan balik.. ala2 tengah kira stok.. mihmihmih.. kelakar pun ada.. Bila Khairy perasan saya tengok dia.. dia mesti senyum malu-malu.. then merangkak laju2 & peluk saya kuat2.. Seolah-olah nak bagitau yang dia tolong kirakan stok produk-produk saya tue.. alahai Khairy..



Tiap kali tengok Khairy perasaan saya bercampur baur.. bukan Amana& Arief tak ada lagi dalam hati saya.. tapi dengan Khairy bermacam2 saya tempoh sejak dari dalam perut.. sampai dia keluar.. Allah je yang mengerti sebab semuanya saya sorok dalam hati yang paling dalam... dan dengan Khairy je saya tak berjaya sorokkan kerana dailah tempat saya bercerita.. Kalau Khairy boleh bercakap dah bocor semuanya kot hikhik.. Nasibla Khairy cakap takde sorang pun yang paham.. saya je yang paham.. Alhamdulilah Khairy anugerah "magic" utk saya ibu yang tak sempurna nie..

Agak-agak stok mama yang baru sampai 060914 tue tahan bape minggu ye? 
Nak Khairy contac admin EKF-UTM tak? Kita order in advance..


Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)

 
 Nanti kita search ranking goggle utk Ekstrak Tongkat Ali-UTM pulak ye :)




1 comment:

Mama Zharfan said...

moga ila terus sukses..amiin
khairy sgt cute ;)