ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, January 16, 2015

Ubat & Ayat Quran Sebagai Usaha Untuk Tahan Haid Bagi Menunaikan Umrah


Salam semua
says harap perkongsian saya untuk semua entry umrah memberi manfaat pada semua.kalau ada salah ejaan tolong abaikan sebab sy type guna hp so kenkadang autocorrect.. 

ujian sy untuk ke umrah bukan saja dari penyediaan dokumen yang akan saya share nanti. penyediaan dokumen yg berkali-kali ..6x  ye! memang buat saya rasa giveup.. penyediaan dokumen melibatkan ramai orang sampai satu tahap saya rasa menyusahkan ramai orang utk penuhi impian saya ke Tanah Haram. 

tapi kalau kes period..saya tak menyusahkan orang lain.saya susahkan diri sendiri je muahahaha... sejak amalkan Ekstrak Kacip Fatimah -UTM and habatusauda (ini bukan iklan ;p) kitaran haid period saya teratur. Bilangan hari saya agak lama 11-13 hari tapi tak sampai istihadah. Hati memang gundah-gulana kerana tarikh period adalah tarikh ke Mekah&Madinah

Dari kursus umrah yang saya hadir, ustaz cakap boleh makan ubat tahan period dengan syarat minta pandangan dan pendapat doktor muslim.


saya ke Klinik an-nur bangi Dan diberi pil noriday.masa saya jumpa doc nie sy belum period tau. 

murah je bilnya. 

tapi hati saya rasa tak sedap. saya discuss personal dgn doc Zubaidi thru wassup.
ala doktor EKF-UTM saya Tue.. beliau memberi pandangan yg dos noriday tak cukup utk tahan period. selalu doktor akan beri pil norculut..
jangan jadikan pandangan dua doktor ini satu isu ye kerana pandangan yg berbeza membuatkan saya cari penyeesaian.


INI Kali pertama saya jejak Klinik nie. saya jumpa doktor perempuan. masa nie sy tgh heavy period...huwaaa... dah hari ke 2 period.lagi 3 hari nak berangkat nie. bila sy bgtau period sy lama doktor pun pening. doktor cakap sepatutnya kena jumpa sebulan sebelum berangkat.senang dia nak advise.docnya lembut and baik. 

doc nie bagi pil transamin yang perlu dimakan utk mengurangkan period yg tgh heavy atau mengeluarkan darah haid dgn lebih cepat. saya lupa fungsi pil nie.doktor nie juga bagi pil tahan sakit.


bila period dah jadi sikit. saya kena makan pil marvelon nie pulak. saya kena makan walau period da stop sampai balik malaysia.

ini kosnya.

saya juga amalkan ayat nie. saya dapat dari buku karya ustaz daud che ngah. persediaan umrah dan haji



surah penuh al-lahab


alhamdulilah period sy kering ketika hari ke 2 di madinah. cuma ralat terlepas solat di masjid quba masa program ziarah kerana haid.

period saya datang semula di mekah masa hari ke 2 terakhir di mekah. saya boleh lupa mkn marvelon tue.. tp masa tue sy dah siapkan 4 kali umrah.alhamdulilah dan ada sebabnya period sy datang.. ada yg Allah nk tunjuk berkenaan Khairy. cabarannya membesarkan khairy ditunjukan masa saya dan pakciknya buatkan umrah utk khairy. nanti sy story...

semoga perkongsian ini beri manfaat tapi harap uolls jumpa doktor juga.jangan main beli ubat2 nie kat farmasi pulak sebab setiap diri kita adalah berbeza :)


2 comments:

Ezna Khalili said...

Suntikan pun boleh. Ni pil perancang ni. Noriday pernah ambik masa lepas lahirkan Dania. Akak tak ambik pun pil ni sebab period jenis tak tetap.

AMIIZAA@Mieja said...

salams,

tksh sudi share doa penahan period. akak pon prefer berdoa dari makan ubat uhukkkkk