ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, March 10, 2015

Seminar Keluarga Sunnah 3.0 UPM 070315 - Ceramah Ustaz Ebit Lew


Assalamualaikum semua

Sebelum terlupa dan sebelum Khairy bangun tidur mari saya kongsikan sedikit tentang seminar Keluarga Sunnah 3.0 yang saya joint Sabtu 070315 di UPM

Ustaz yang beri ceramah adalah Ustaz Ebit, Ustaz Habib Zenal, Ustazah Norhafizah dan Ustz Zul Ramli (gantikan Ustaz Pahrol). So saya share dulu isi ceramah Ustaz Ebit ye...
  • Kalau seorang suami benar-benar sayangkan isterinya dia akan pimpin tangan isterinya ke syurga. suami janganlah asik cerita tentang hal2 keduniaan je ..kenalah cerita hal akhirat..hidup yang sebenar adalah hari akhirat (so suami2 tanya diri sendiri bila kali terakhir anda didik anak isteri tentang akhirat? atau tak pernah? atau anda biarkan isteri anda carik akhirat sendiri?)
  • cinta ayah yang ikhlas adalah membawa anak isteri ke syurga. umpamanya membimbing anak isteri ke syurga nie seperti ibu yg mempunyai anak sindromdown iaitu tak pernah putus asa walau anak sindrom down tue memukul ibu kembali.. cuba tengok camana sayangnya ibu pada anak sindromdown.. itulah perumpamaan cinta ayah yang ikhlas pada anakisteri utk bawak ke syurga...
  • adakah cara kita sebut Allah sama dengan anak kecil kita sebut Allah. Kalau sama..ruginya..umur anak tue kecik lagi tapi kita nie dah bertahun2 hidup patutnya cara sebut Allah tue lebih elok.. maksudnya tiap kali sebut Allah tue kita dapat merasa betapa besarnya kuasa dan kasih sayang Allah.. lebih kurang bila sebut Allah..kita sebut sekali dengan hati kita.. dalam sangat nama Allah tue dengan kita..
  •  orang yang dekat dengan Allah sayang semua orang di dunia..nak bahagia balik pada Allah. Belajar berkasih sayang kerana Allah.
  • Cara Nabi: 
  • 1) nabi tak akan tarik tangan nabi jika ada sesiapa memegang tangan baginda sehingga orang tersebut menarik tangan terlebih dahulu.
  • 2) Nabi tak akan berenti mendengar jika ada sesiapa bercakap dengan baginda..

  •  Ustaz Ebit syorkan :
  • 1) dari waktu magrib hingga kul 10 malam lebih kurang jadikan rumah sepeti madrasah. adakan majlis taalim dalam rumah. bacakan hadis rasullulah. yang bezakan rumah muslim dan bukan muslim adalah majlis ilmu. 
  • 2) ceritakan tentang syurga kepada anak-anak supaya mereka seronok dan bercita2 untuk masuk syurga
  • 3) sesiapa yang bangun solat tahajut Allah akan kuatkan diri untuk berjuang dan dalam kehidupan.

TANGISAN BUKAN KELEMAHAN TETAPI KEKUATAN JIWA

TIADA KESENGSARAAN LEBIH BESAR SELAIN HIDUP DI DUNIA TAPI TIDAK MENGENAL ALLAH 


serius seronok dan insaf sangat bila dengar ustaz ebit berceramah.. rasa dalam..deep ..menusuk ke hati.. terasa keikhlasannya.. ustaz ebit siap stop sebentar sebab menangis.. senyap dewan... rasa keikhlasan bukan dibuat2.. insya allah kalau diberi rezeki nak hantar amana arief masuk kem yang ustaz ebit buat nanti... maybe next year.. tahun nie tak sempat dah :)

nanti saya buat entry intipati Ustaz Habib Zenal & Ustazah Norhafizah Musa pula ye




No comments: