ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, March 26, 2015

Arief & Dumex Dugro

hai semua
hari ini mari kita kongsi cerita tentang susu anak-anak
anak-anak kawan-kawan minum susu sampai umur berapa?
macam anak-anak saya lama jugak minum susu
tapi anak-anak dah mula suka susu berperisa
dah mula pandai merasa
rasanya anak-anak kawan-kawan pun macam tue kan?
Sebelum beli susu ada tak pertimbangkan fakta2 yang perlu untuk perkembangan si manja?


5 Fakta Yang Ibu-Ibu Perlu Pertimbangkan untuk 
Perkembangan Menyeluruh Si Manja 


1. Perkembangan Otak
2. Pertumbuhan Tulang

3. Pertumbuhan Tisu 
4. Sistem Imun
5. Sistem Penghadaman

 
Disebabkan anak-anak suka "bereksperimentasi" dengan susu
Pilihan paling sesuai adalah Dumex Dugro Asli 
Ia membuatkan minuman kegemaran Arief lebih lemak dan enak rasanya
 
 Anak-anak  pun dah minum selain susu. kadang-kadang anak-anak request campurkan susu untuk bancuh air minuman berperisa  mereka.. anak-anak minta campur susu dalam cocomalt.. minta bancuhkan untuk makan kokocruh pun ada!Ariefla paling banyak permintaan! Tak terlayan kadang-kadang... Tapi sebagai ibu saya tak rigit sangat kalau anak-anak minta "bereksperimentasi" dengan susu mereka..Saya ikutkan sahaja asalkan mereka nak minum susu!
 
 Sayang sangat dengan susu Dumex Dugro 
time study pun nak letak tepi buku
Arief tak bagi sesiapa pun usik susu dia
Susah jugak nie.. Tak nak kongsi dengan sesiapa :p
Kerenah anak-anak layankan je la
 Time-time study nie elok buatkan dia secawan susu suam
Habis buat keja mesti mudah tidurkan? 


 Perkembangan Otak
Otak Si Manja akan melalui proses pertumbuhan yang cepat dalam tiga tahun pertama kehidupannya Tidak hairanlah jika sesetengah orang mengumpamakan kanak-kanak bagaikan span yang boleh menyerap segala yang diberi! Itulah sebabnya nutrien seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan yang pesat ini.

 
 Anak lelaki memang lasak. Perlu tenaga yang lebih untuk kekal aktif!

2. Pertumbuhan Tulang
Oleh itu, sewaktu dia bermain bersama kawan-kawannya, memanjat di taman permainan dan meneroka dunia di sekelilingnya, dia harus mempunyai tulang yang kuat untuk menyokong seluruh tubuhnya. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu bekalan kalsium yang mencukupi pada peringkat kanak-kanak amat penting sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah dia dewasa


3. Pertumbuhan Tisu
Proses ini seiring dengan pertumbuhan tisu. Si Manja memerlukan bekalan protein yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu tubuh sewaktu dia sedang membesar




  Senang je nak suruh Arief minum susu.. 
Arief  nampak je pack susu Dumex Dugro  terus mintak mama dia bancuhkan...

4. Sistem Imun
Di samping itu, Si Manja harus mempunyai sistem imun yang kuat untuk memastikan dia dilindungi dan terus aktif bermain serta meneroka sekelilingnya. Jumlah Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sistem imun serta daya penglihatan dan kulitnya


5. Sistem Penghadaman
Penjagaan kesihatan dalaman juga amat penting. Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik. Oleh itu, sistem penghadaman menjadi lebih sihat dan bertahan terhadap jangkitan


 Banyak variasi nie
Yang mana satu pilihan kalbu ibu-ibu dan si Manja?

Untuk menyokong pertumbuhan dan potensi menyeluruh anak anda, Dumex™ Dugro® 5-Nutri  telah dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA berbanding dengan formulasi terdahulu untuk menyokong perkembangan otak.



Dengan nutrisi yang betul untuk menyokong tubuh yang sihat bersama persekitaran yang positif, Si Manja mempunyai asas yang kukuh untuk membesar secara menyeluruh, supaya dia dapat cipta serta meneroka dan mempunyai masa depan yang lebih cerah lagi.





 


No comments: