ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, January 22, 2017

7 KEISTIMEWAAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN TERBAIK

🏌‍Saya tetap macam dulu. Saya tak jual emas-emas saya. Saya ialah *“penyimpan emas”*,
saya bukan “pelabur emas”. Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.

🏌‍Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.

🏌‍Itulah jawapan saya kenapa golongan *“penyimpan emas”* tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk

*(1)* digunakan ketika kecemasan, atau

*(2)* pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu.

Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:

⛷ *Nilai jangka panjang terjamin*
⛷ *Mudah dicairkan*
⛷ *Emas adalah tunai*
⛷ *Kekayaan di tangan kita*
⛷ *Boleh dijadikan modal pusinganIa aset mudah alih mobile*
⛷ *Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)*
⛷ *Aset fizikal mampu milik*

Anda pula bagaimana??🤗

*#emassepanjangzaman*
Copy paste

No comments: