ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, July 30, 2017

Artis pukul isteri? Status ini paling tenang dibaca

Perkara pertama saya lakukan apabila baca kisah Masalah rumah tangga,suami curang. Saya istiqfar banyak-banyak.  Saya pesan kepada isteri.
 
"Awak Tolong  doa untuk saya ya. agar tidak termakan godaan syaitan dengan mencurangi awak. Tolong doakan saya ya"
 
Sepanjang hari saya fikir tentang ini. saya takut baca kisah begini. Takut sangat untuk herdik,perli,maki,hina orang lain,takut sangat terjadi kepada diri sendiri.. Setiap lelaki akan diduga dengan wanita-wanita cantik.
 
Saya harap para suami  yang pernah curangi isteri agar lebih menghargai sidia. Bagi  tumpuan sepenuh hati kepada isteri dan anak. Tidak lekang di bibir memohon maaf, tunaikan HAK ISTERI,tulis setiap hari kebaikan isteri,ingat sentiasa keburukan kita. Buka buku baru. Hidupkan TA'LIM  dirumah,luangkan masa dimasjid.  Kita semua ada kesilapan dan kesilapan itu bukan sahaja berhajat kepada kemaafan bahkan perlu taubat nasuha.
 
Suami mana tidak sayangkan isteri. Namun tewas dengan godaan syaitan,lemah diulik nafsu,tergoda dengan lunakan suara,rebah dek kerana kecantikannya.Namun pujuklah hati,ini semua dugaan dan ujian untuk kita. Fikir apa jika curangi isteri.
 
Nabi s.a.w teladan yang terbaik dalam melayani isteri-isteri baginda. Tenang,bahagia saat isteri  bersama baginda s.a.w,bahkan Nabi s.a.w melarang kita untuk memukul wajah,mengherdik isteri.Lihatlah cinta Nabi s.a.w terhadap khadijah r.ha. Setelah 3 tahun wafatnya khadijah r.ha barulah Nabi s.a.w berkahwin dengan Saudah rha dan Seterusnya Aisyah R.ha dLL.
 
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga sidia betul-betul, niat untuk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama. Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN,PENYUSAAN dan Ilmu bagaimana untuk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).
 
Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita,betapa sakitnya untuk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yang lebih rela untuk dibedah. Bang,mereka pernah 'mati' untuk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dapat.
 
Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa(Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu,seorang isteri 100% jiwanya untuk keluarga ini.
 
Tiada lagi istilah ME TIME untuk mereka,tiada lagi reunion bersama rakan perempuan,sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang sakit. Tiada lagi masa untuk ziarah ibu bapa di kampung,bahkan kadang-kadang setahun sekali  dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Ini  semua  untuk kita para suami.
 
Kadang-kadang merekalah doktor,misi,merekalah cikgu,merekalah ustazah,merekalah chef,merekalah security untuk anak-anak.
 
Sebagai suami kita adalah pemimpin untuk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dapat PERBAIKI mereka untuk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita untuk MELINDUNGI mereka dan bagaimana untuk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap massa.
Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya Wanita  diciptakan Allah  cantik dimata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan untuk 'bersedapan' sahaja,bahkan ia satu amanah yang besar dari Allah. Boleh jadi  perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.

Perbaiki niat kita,kahwin untuk dapat redha Allah,untuk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.
"Jagalah Allah pasti Allah jaga kita"
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
 
 

No comments: