ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, February 14, 2018

Sebelum mati kena ingatkan anak2

Tidak lama lagi kita nk pergi dah...
Pesan pada anak-anak kita...💟

👵🏻👴🏻1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2nya kain selimut/cadar putih. blh beli d kedai uniform sekolah..

👵🏻👴🏻2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar..

«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

👵🏻👴🏻3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering..

👵🏻👴🏻4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah..

👵🏻👴🏻5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat..

👵🏻👴🏻6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir..

👵🏻👴🏻7. Tutup rambut dengan selendang..

👵🏻👴🏻8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat..

👵🏻👴🏻9. Letakkn pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit..

👵🏻👴🏻10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah..

👵🏻👴🏻11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis &   hospital..

👵🏻👴🏻12. Dimandikan..

👵🏻👴🏻13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 org jemaah org alim..

👵🏻👴🏻14. Kebumikan jenazah

❤Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka..❤

*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

❤Sharing is caring❤

Pesan pd anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai 2..agar anak2 tahu fardhu kifayah.
**Sama2 ingat mengingati**

1 comment:

Juls Julie80 said...

Tq atas perkongsian ni..rasa sebak plak.. :'(

semoga kita diambil dalam keadaan yang indah2 dan bersedia untuk jd penghuni SyurgaNya..amin2