ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, March 12, 2018

Tarikh dan perkara yg diketahui dalam hidup

Kebiasannya org yang telah dianggarkan tarikh kematiannya atau mengetahui tarikh kematiannya sangat menghargai sisa masa yang terluang.Pasti akan dihabiskan dengan merapatkan ukhwah, menghindarkan permusuhan, menambah pahala, memperbanyakkan amalan menyelesaikan hutang piutang dan mengembirakan yang tersayang..

Begitu juga ibu yang telah tahu anak itu adalah anak bongsu dan tak ada anak yang lain selepas itu akan nikmati setiap inci tumbesaran anak bongsu.

Betuahla orang yang tahu beberapa perkara yang penting dalam kehidupan mereka dan menikmati serta menghargai setiap momen kehidupan nafasnya.

Morning semua!

1 comment:

Hans Hanis said...

sebab tu setiap kali bangun pagi kena ucap alhamdulillah sebab masih bernafas :)